Penggodam Siber Malaysia dijel 10 tahun !!

    Author: Alamak Genre: »
    Rating


    WASHINGTON 5 Nov. - Seorang lelaki rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh sebuah mahkamah daerah Amerika Syarikat (AS), semalam selepas disabit kesalahan menggodam komputer Rizab Persekutuan AS dan bank-bank lain.

    Lelaki berkenaan, Lin Mun Poo, 32, awal tahun ini mengaku bersalah atas tuduhan menggodam bank pusat AS itu serta beberapa institusi kewangan swasta lain termasuk mencuri nombor kad bank dan kad kredit.

    Dia juga mengaku menggodam dan memuat naik satu kod perisian virus pada pelayan komputer bank pusat tersebut.

    Menurut pendakwa raya, Mun Poo didakwa memasuki AS pada Oktober tahun lalu untuk menjual nombor kad kredit dan kad bank curi namun 'terjerat' apabila pembelinya adalah seorang ejen perisikan AS.

    "Ketika ditahan, rakyat Malaysia itu memiliki 122,000 nombor kad bank dan kad kredit curi,'' ujarnya.

    Jabatan Kehakiman AS berkata, aktiviti jenayah siber Mun Poo juga melibatkan sektor keselamatan AS termasuk menggodam sistem komputer satu kontraktor Pentagon yang menyediakan sistem pengurusan perkhidmatan untuk pengangkutan tentera dan operasi ketenteraan lain.

    "Hukuman itu memberi mesej kepada semua penggodam di dunia bahawa AS bukanlah tempat untuk mereka menjalankan perniagaan haram,'' kata Pendakwa Raya AS, Loretta Lynch dalam satu kenyataan. 

    - AFP

    Jumlah Pelawat