Lori Rempuh Plaza Tol !!

    Author: Alamak Genre: »
    Rating


    KM 28.8
    Plaza Tol Jalan Duta
    Kuala Lumpur
    6 September 2011
    1 petang


    Pemandu lori ini cedera parah.
    Apa yang berlaku dipercayai akibat masalah brek, dan laluan arah Plaza Tol ini ialah laluan menurun bukit.
    Lori membawa muatan alat ganti kenderaan ini dalam perjalanan dari Bukit Beruntung ke Bangi.


    Sebaik melalui jalan menurun ini, ia tiba-tiba gagal dikawal lalu bergesel sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna yang hendak memasuki lorong Plaza Tol.
    Lori ini kemudian membelok arah kiri dan terus merempuh tembok penghadang Plaza Tol.
    Pemandunya yang cedera parah, dikeluarkan dengan bantuan kakitangan Plus dan orangramai.



    Bagi Pengarah Projek sebuah syarikat pembinaan, Khairul Aizad Mustafa, 25 tahun, kejadian berlaku begitu pantas.
    Ketika itu, kenderaan dipandunya hampir memasuki lorong Plaza Tol apabila seorang pemandu van tiba-tiba memberi isyarat kepadanya sesuatu akan berlaku.



    Beberapa saat kemudian, dia merasakan kenderaannya bergegar dengan satu dentuman kuat di sisi kiri.
    Aizad tidak mengalami sebarang kecederaan, dalam perjalanan dari Sg Buloh ke Putrajaya.


    Akibat kemalangan ini, 3 laluan tol terpaksa ditutup sementara kerana lori yang merintang jalan.






    Kredit to: ondscene

    Jumlah Pelawat