Nampaknya lagu Melayu memang boleh pergi jauh.Pada tahun 2009 Lelaki bernama Raymond Crooke menyanyikan lagu lagenda terkenal di Malaysia iaitu P.Ramlee dan Sudirman.Ini memang membuktikan lagu Kita bukan sahaja dibawah tempurung, namun boleh pergi jauh dan diterima oleh orang luar. Ini suatu yang membanggankan .
Berikut adalah sedikit info tentang Raymond Crook. Dahulu Raymond Crooke pernah cuba ingin memecah rekod untuk merakam 1001 lagu cover dalam satu hari, tetapi gagal. Matlamat Raymond Crooke ialah untuk menyanyikan lagu folk dan traditional setiap negara. Antara penyanyi dan penulis lirik yang menjadi pujaan Raymond Crooke ialah Bob Dylan, Woody Guthrie dam Eric Bogle. Raymond Crooke sudah menyanyi selama lebih 40 tahun.
Raymond Crooke telah menghasilkan 4 CD iaitu:
Axis of Evil and other True Stories
Laws of Chance
Gospel Ship
Pigs Might Fly and other Politically Incorrect Ballads
Anda boleh pergi ke laman Youtubenya untuk mendengar lagu-lagu beliau yang lain. Diharap lebih ramai lagi seperti beliau akan menyanyikan lagu kita.
Basikal Tua - Sudirman
Aci Aci Buka Pintu - P. Ramlee