Arsenal semakin parah !!

    Author: Alamak Genre: »
    Rating



    PEMAIN pertahanan Liverpool, Daniel Agger tersungkur selepas dikasari pemain Arsenal, Emmanuel Frimpong (kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, malam tadi. Keputusan Arsenal 0, Liverpool 2. - Foto AFP
    Aug 21, 2011 7:14 am


    LONDON - Liverpool memanfaatkan sepenuhnya kelemahan Arsenal yang 'umpama sebuah kapal yang sedang tenggelam' dengan mencatat kemenangan 2-0 menerusi jaringan sendiri Aaron Ramsey dan Luis Suarez di Emirates, semalam.
    Di Goodison Park pula, QPR menggembirakan pemilk barunya, Tan Sri Tony Fernandes apabila melakar kemenangan mengejut 1-0 ke atas Everton hasil jaringan penyerang Tommy Smith pada minit ke-31.
    Di Emirates, ketika kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan, tuah menyebelahi pasukan pelawat pada minit ke-78 apabila Ramsey tertampan bola yang cuba dikeluarkan rakan sepasukan Iqnasi Miquel daripada bahaya ke dalam gawang sendiri.
    Derita Gunners dilengkapkan pada minit terakhir permainan apabila Suarez yang tidak dikawal mudah menolak masuk hantaran daripada Raul Mereiles, sekaligus memberikan kemenangan pertama Liverpool di Arsenal sejak 2000.
    Kekalahan di laman sendiri menyaksikan Gunners semakin menderita dengan keputusan terbaru itu bermakna mereka sekadar mengutip satu mata selepas dua perlawanan dan masih terkial-kial mendapatkan gol pertama.
    Skuad kendalian Arsene Wenger yang sudah pun terjejas dengan penghijrahan bekas ketua pasukannya, Cesc Fabregas ke Barcelona serta dilanda pelbagai kekusutan seperti kecederaan dan penggantungan.
    Menambah kecelaruan Wenger pada dua perlawanan penting akan datang iaitu menentang Udinese dan Manchester United ialah dia bakal kehilangan dua lagi pemain iaitu Emmanuel Frimpong selepas dilayangkan kad merah dan bek tengah, Laurent Koscielny tercedera buku lali.
    Ketiadaan Alex Song dan Gervinho yang mula menjalani penggantungan tiga perlawanan serta kecederaan yang membelenggu Kieran Gibbs dan Johan Djorou, menyebabkan Wenger tidak punyai banyak pilihan dengan menurunkan kesebelasan utama yang serba kekurangan.
    Wenger memberi peluang kepada pemain muda seperti bek kanan Carl Jenkinson, Ramsey dan Frimpongn, tetapi yang paling mengejutkan pastinya kemasukkan Samir Nasri, yang bakal berpindah ke Manchester City.
    Meskipun diejek pada awalnya, kesungguhan Nasri membuktikan dia masih komited selagi bergelar pemain Arsenal. - Agensi

    Sumber : Utusan Online



    Jumlah Pelawat