KOTA BHARU 17 Ogos – Sebanyak lapan daripada 16 kes kebakaran yang berlaku di negeri ini sepanjang bulan Ramadan ini berpunca daripada mercun dan bunga api yang turut mengakibatkan dua kematian.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Othman berkata, kebakaran itu menyebabkan 13 keluarga hilang tempat tinggal manakala anggaran kerugian pula sebanyak RM150,000.
“Kecuaian dan kurang pengawasan ibu bapa adalah faktor berlakunya kebakaran yang berpunca daripada bunga api. Begitu juga dengan mercun, mereka bermain dengan lempar begitu sahaja kadang-kadang tidak sedar bahawa tempat itu sensitif dengan bahan api seperti sampah, daun-daun kering, kertas dan sebagainya.
“Jadi, kita mengharapkan agar ibu bapa sentiasa membuat pemantauan di musim perayaan ini bagi mengelak berlakunya sebarang kemungkinan yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan bersama media di sini, semalam.
Katanya, gejala bermain mercun atau bunga api perlu diberi perhatian serius kerana ia juga termasuk dalam kategori bahan api yang sensitif dengan kebakaran.
Dalam pada itu, Azmi turut mengingatkan tradisi pemasangan pelita yang selalu dilakukan dalam kalangan masyarakat kampung setiap kali tibanya penghujung bulan puasa supaya memadamkan pelita tersebut sebelum mereka tidur.
“Biarpun belum ada kes kebakaran yang berpunca dari benda itu, langkah pencegahan perlu dititik beratkan oleh semua lapisan masyarakat. Malang tidak berbau,” katanya.
Pada masa sama, beliau memaklumkan, pihaknya akan menjalankan rondaan serta pemantauan melalui Ops Sikap bermula 22 Ogos ini sebagai persediaan bagi menghadapi kemungkinan kes kemalangan jalan raya.
Tumpuan utama operasi tersebut, katanya, adalah di jalan-jalan yang seringkali berlaku kemalangan setiap kali tibanya musim perayaan, terutama di Jalan Kuala Krai-Gua Musang.
Operasi tersebut akan melibatkan sejumlah 550 anggota termasuk pegawai di semua balai di negeri ini,” jelasnya....
Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.
Utusan Online
8 Kebakaran akibat mercun.
Author:
Alamak
Genre:
»
Berita
Rating
Posted by Alamak
Posted on